B-Cleansing Granule

Print
Granul B-Cleansing -“Kehidupan Tanpa Sakit Kepala”
b cleansing granuleB Cleansing Granule
Sales price RM 100.00
Discount
Tax amount
Price / kg:
Description

Ciri-ciri Produk

Granul B-Cleansing -“Kehidupan Tanpa Sakit Kepala”

Kekurangan Peredaran Serebral Kronik (Chronic Cerebral Circulation Insufficiency (CCCI)) merupakan satu bentuk penyakit ketidakfungsian otak akibat daripada kekurangan peredaran darah ke otak secara berterusan dan kronik. Pening dan sakit kepala merupakan simptom bagi penyakit ini.

Punca Penyakit

Punca utama ialah aterosklerosis (faktor risiko aterosklerosis adalah tekanan darah tinggi, diabetes, hiperlipidemia, obes, merokok dan meminum alkohol) dan juga arthritis serta stenosis arteri. Punca penyakit juga disebabkan oleh tekanan darah. Punca yang lain ialah seperti penukaran komposisi darah serta penambahan kelikatan darah.

Kelebihan Produk

Ia dapat memperkayakan darah, mengawalatur sistem hati, menggalakkan peredaran darah, tanpa membawa kesan sampingan bertoksik. Granul B-Cleansing dapat mengembangkan salur darah pada otak, menambahkan pengaliran darah serebral dan mengurangkan rintangan vaskular. Ia dapat melegakan kekejangan, mengurangkan kelikatan darah, merencat penggumpalan platelet dan anti-trombosis. Pada masa yang sama ia bertindak ke atas sistem saraf pusat dengan membawa kesan penenteraman dan analgesik yang efektif.

Jadi bolehlah dikatakan Granul B-Cleansing sesuai untuk merawat kepeningan, sakit kepala, insomnia dan gejala lain bagi CCCI. Pening dan sakit kepala tercetus kerana tekanan darah tinggi, ketegangan, migrain, sindrom saraf serebral traumatik, haid, keresahan dan cepat marah, insomnia, mimpi keterlaluan, tinnitus, konjunktivitis, sakit mata dan lain-lain.

Kajian menunjukkan, penggunaan Granul B-Cleansing dalam jangka panjang dapat mengurangkan tahap fosfatase beralkali (AP) jenis asid lisofosfatidik terlarut di dalam darah dengan efektif, mengurangkan risiko strok dan juga merencat apoptosis yang tercetus disebabkan oleh CCCI yang ketara.

6 Fungsi Utama

1. Mengembangkan salur darah serebral dan menambah pengaliran darah

2. Membaiki peredaran serebral dan menambah pembekalan oksigen ke otak

3. Melegakan kekejangan salur darah serebral

4. Mengurangkan kelikatan darah dan merencat pembentukan trombosis

5. Menenangkan dan melegakan kesakitan

6. Boleh menukar indeks hemoreologi

Sesuai Untuk Mereka Yang

1. Mereka yang sering sakit kepala dan pening kepala, disebabkan oleh kekurangan Peredaran Serebral Kronik (CCCI)

2. Mereka yang sering sakit kepala dan pening kepala, disebabkan oleh tekanan darah tinggi

3. Mereka yang merasa sakit kepala semasa datang haid

4. Kesakitan kepala primer

5. Mereka yang mempunyai kualiti tidur yang kurang baik atau tidak cukup rehat

Granul B-Cleansing diambil sebelum makan. 1 bungkus diambil 3 kali sehari. 2 bungkus harus diambil sebagai dos pertama. Setiap jangka rawatan ialah 1 bulan, pengambilan jangka panjang memberi kesan yang lebih baik.

Perhatian :

1. Tidak sesuai kepada ibu yang sedang mengandung atau menyusu

2. Tidak sesuai kepada kanak-kanak

Ramuan Utama

Angelica, Chuanxiong, Radix Paeniae Alba, Radix Rehmania Preparata, Rumulus Uncariae, etc

Units in box: 1

Reviews

There are yet no reviews for this product.